Friday, 6 April 2012

Monday, 10 October 2011

Promo HIMPUN 2011



Membangun Umat Beragenda...

Bina kekuatan di dalam diri,
Fahami Islam secara menyeluruh,
Amalkan konsep Islam dalam diri,
Bangga dengan Islam yang dianuti.

Insyallah, kita dapa membezakan mana yang haq (kebenaran) dan batil.
Beragenda untuk memartabatkan kemuliaan dan kegemilangan Islam kembali.
Agar Islam kembali menyinari dunia ini..

Jadi, ayuh kita sama menyatakan sokongan dan dokongan kita terhadap isu-isu umat Islam yang berlaku sekarang dengan menyertai HIMPUN 2011 yang akan membincangkan mengenai isu-isu umat Islam di Malaysia dan membawa resolusi yang akan memberikan suatu impak yang baru kepada umat Islam di Malaysia khususnya..

"MEMBANGUNKAN UMAT BERAGENDA"
"MEMBINA GENERASI HARAPAN"

Monday, 23 May 2011

Erti Sebuah Ukhuwah

Tahun demi tahun, hidup ini berterusan tanpa tahu bilakah penghujungnya... Semakin banyak pengalaman dan ujian yang di hadapi dalam hidup ini yang menjadikan diri lebih matang. Monolog seorang sahabat... Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan imaginasi pengarang. Tiada perkaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

"Assalamualaikum wrhbt..."
"Waalaikumsalam wrhbt..."
"Akhi, apa kabar? Ini ana nak perkenalkan seorang ikhwah yang seiras dengan antum perwatakan dan perangainya... Razid, ini Rudi. Rudi,ini Razid.."
"Owh... Selamat berkenalan"

Itulah perkenalan pertama di antara dua ikhwah tersebut, malu-malu dan tak banyak bercakap. Kemudian, hari demi hari sahabat itu tadi berkenalan lagi dengan seorang ikhwah sewaktu majlis makan malam di rumah seorang ikhwah. Majlis bermula dengan sesi ta'aruf dan di situlah sahabat tadi berkenalan seorang ikhwah lagi yang seperjuangan dengannya.

Berlalunya masa, ketiga-tiga ikhwah itu tadi semakin rapat hubungan antara mereka..

Setiap masa mereka bertiga ini sentiasa bersama dalam melakukan sesuatu aktiviti, maklumlah fakulti berdekatan sahaja. Makan bersama, main bersama, tidur bersama dan sebagainya. Huhu...
Suatu hari salah seorang daripada mereka sakit dan terlantar di hospital... Maka, sahabat yang berdua itu pun bertungkus lumus menjaga sahabat mereka yang sakit itu, Razid.

"Razid, apa khabar hari ini? Dah sihat?
"Alhamdulillah, beransur pulih, jawab Razid.
"Ariz tak ikut sekali ke?
"Dia pergi beli barang kejap kat bawah, jawab Rudi.."
"Owh..... ingat dia tak ada tadi."

Begitulah sikap mereka, saling prihatian terhadap satu sama lain..


to be continue...