Tuesday, 16 November 2010

Ujian Sebagai Penilaian

Assalamualaikum wrhbt... buat semua pembaca AKL yang budiman..

Salam imtihan buat semua ikhwah dan akhawat yang kini sedang membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester 1, 2010. Semoga antum semua dapat menpersiapkan diri sebaik untuk peperiksaan ini dan tidak melupakan persiapan antum untuk bertemu Allah SWT.. Semoga kita semua dapat menjadi seorang pelajar Islam yang cemerlang dan gemilang di dunia dan juga di akhirat kelak. Buat ikhwah dan akhawat yang sedang menghadapi peperiksaan dan telah habis peperiksaan semoga berjaya dengan cemerlang ana ucapkan kepada antum, terutamanya kepada ikhwah-ikhwah Cempaka yang ana telah bersama antum sejak hujung bulan Oktober lalu setelah anak-anakku pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bercuti. Dan dalam 3 minggu lagi mereka akan kembali semula untuk meneruskan perjuangan di UNIMAS ini. Semoga antum semua kembali dengan semangat yang baru.. Amin...

Special thanks to ikhwah Cempaka yang sudi untuk menerima kehadiran ana di Cempaka untuk bersama antum di sana dan sedikit sebanyak membantu gerak kerja antum di sana. Ana merasakan amat bahagia dan gembira bersama antum semua, para rijal yang bersemangat padu untuk beramal dan memperjuangkan agama Allah di muka bumi UNIMAS ini khususnya. Ana terharu dengan semangat dan sikap yang antum tunjukkan dan pamerkan. Teringat kembali ana detik-detik awal semasa ana mula di tarbiyah; mengalir air mata melihat antum semua.... Back to track....

Saudara dan saudari yang dirahmati Allah SWT,

Ujian itu merupakan satu rahmat dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki olehNya.. Daripada ujian itulah Allah SWT akan menilai hambaNya itu sejauh mana keimanan, ketaqwaan dan keyakinannya kepada Allah SWT. Firman Allah SWT;


"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Surah al-Ankabut, 29, 2-3].


Sekarang ini, di kebanyakan IPTA dan IPTS tempatan sedang menjalani peperiksaan akhir semester yang merupakan suatu penilaian terhadap apa yang telah dipelajari dalam semester tersebut. Maka, mulalah para mahasiswa dan mahasiswi membuat persiapan dan persediaan yang rapi untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Sehingga ada yang sanggup membuat ulangkaji sehingga lewat malam, bersengkang mata sampai Subuh untuk merujuk kembali nota-nota yang lalu.. Dan terdapat juga para pelajar yang baru je nak print nota kuliah, buat peta minda dan sebagainya disebabkan ingin bersedia untuk peperiksaan walaupun di saat-saat akhir. Memanfaatkan sepenuh masa yang ada untuk bersedia menghadapi peperiksaan tersebut.

Semua itu kita sanggup lakukan atas dasar untuk mencapai keputusan dan pointer yang tinggi dalam pelajaran kita. Itu salah satu sikap yang sangat perlu ada dalah jiwa-jiwa kita semua yang bergelar pelajar. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik jika kita dapat berbuat perkara yang sama untuk persediaan kita menemui Allah SWT dan kematian yang akan kita hadapi entah bila waktunya... 

Yang menghairankan dewasa ini, kebanyakan pelajar Islam tidak berbuat seperti yang sepatutnya.. Disebabkan sibuk mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan, mereka lupa untuk mempersiapkan diri menghadapi hari yang telah dijanjikan oleh Allah SWT, hari Kiamat, hari di mana tiada manfaat segala harta, wang ringgit, anak-pinak, pangkat dan kekayaan bagi pemiliknya. Para pelajar Islam lupa untuk solat 5 waktu sehari semalam, solat berjemaah tak tahu lah macam mane; lupa untuk membaca aya-ayat suci al-Quran, berzikir memuji Allah SWT, berqiyamullail dan sebagainya dek kerana bersiap sedia untuk peperiksaan. Maka, di sini kita sebagai mahasiswa ISlam berperanan untuk menasihati mereka ini agar mereka dapat mengamalkan Islam itu secara syumul (menyeluruh), peranan kita untuk memberikan contoh yang terbaik buat mereka bukan kita memberikan contoh yang buruk dan banyak lain yang boleh kita lakukan. Semoga usaha kita itu berbaloi dan mendapat keredhaan daripada serta berguna buat mereka yang kita nasihati.

Sebagai pengakhirannya, memandangkan peperiksaan pada kali ini berlangsung serentak dengan sambutan hari raya Aidil Adha, ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua pembaca AKL, semoga kita memperoleh keberkatan daripadanya. Kullu'am bi taufiq wa najjah.. Selain itu, bersama-samlah juga kita mengambil erti pengorbanan di Aidil Adha ini untuk kita sama berkorban waktu, harta, jiwa dan fikiran kita untuk agama Allah.. Dalam mana kita bersiap sedia untuk peperiksaan, korbankanlah sedikit waktu kita untuk Allah SWT - solat berjemaah di masjid atau surau, baca Quran sebentar, berzikir, bertahmid dan sebagainya. Semoga kita beroleh kebaikan dan kerahmatan daripada Allah SWT atas segala yang kita lakukan.. 

Kepada sesiapa yang berpuasa sunat hari Arafah, ana mengucapkan selamat berbuka puasa dan semoga amal ibadah kita di terima oleh Allah SWT....

Wassalam..

Makmal Molekul Tumbuhan
9 Zulhijjah 1431H


Friday, 12 November 2010

Memoar Hidupku 3

bersambung......

Di Kolej Matrikulasi Labuan

Peta Labuan
Setelah menamatkan pengajian di peringkat SPM, ana meneruskan kembali pengajian ke peringkat Matrikulasi. Alhamdulillah, Allah SWT telah menempatkan ana di Kolej Matrikulasi Labuan  (KML) yang terletak di Pulan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. Selama 1 tahun di negeri orang,banyak memberikan pengalaman dan kisah-kisah hidup yang tidak dapat dilupakan. Di KML inilah, ana mengenali pelbagai latar belakang masyarakat daripada rakan-rakan masjid, pensyarah-pensyarah serta rakan-rakan sekelas. Semuanya mempunyai kenangan yang bila teringat boleh mengalirkan air mata.. Huhu..

Di sebelah kiri antum, itulah peta Wilayah Persekutuan Labuan. Kecik jak, sehari boleh round abis. Kecik-kecik cili padi. Huhu.. Di sini ana banyak berkenalan dan mengenal Islam dengan lebih mendalam melalui pelbagai jalan yang terdapat di KML pada waktu tersebut. Kesedaran untukberamal Islami itu semakin menbara di dalam diri agar dapat kenal dan beramal dengan lebih baik lagi. Walaupun pada ketika itu, ana kurang berkomunikasi dan berkenal-kenal rapat dengan sahabat-sahabat di KML.Dan di sini jugalah ana senantiasa mencari-cari yang terbaik untuk ana ikut dan telusuri jalannya. Ana pernah ikut satu jemaah di sini, Jemaah T, mula pertengahan semester 1 hasil ajakan daripada seorang rakan ana daripada Sabah. Memang seronoklah berukhuwah sesama mereka pada masa tersebut.. Ana dapat merasakan kemanisan sepanjang ana berada bersama mereka di KML dahulu, makan bersama, tidur bersama, belajar bersama dan sebagainya. Sangat indah ukhuwahnya..

Gambar di sebelah ini adalah tempat pertama yang ana jejaki di bumi Labuan. Pertama kali melangkahkan kaki di Labuan sudah dapat merasakan kelainan dan keunikan tempat tersebut. Dari atas kapal terbang lagi sudah terpancar keindahan dan kecantikan pulau tersebut. Di Labuan ini juga, ana mula mencuba untuk rapat dengan rakan-rakan sekelas dan sekuliah sehingga ramai jugalah yang ana kenal; daripada Sabah dan Sarawak sendiri. Di sini jugalah ana mula untuk mengenal diri ana, who am I??? dan banyak perkara lain lagi..

Beberapa pengalaman yang banyak mengajar ana erti kesabaran dan persahabatan.. Di KML dulu ana pernah bermasam muka dan kawan ana tak nak tegur ana atas sebab beberapa perkara. Ini menyebabkan ana merasa risau dengan dia dan diri ana, ana cuba untuk kembali berbaik dengan dia tetapi tidak berjaya. Sehinggalah suatu ketika, lama juga, dia pun datang berjumpa ana untuk berbaik semula. Maka, ana pun menerimalah permintaan dia.. Huhu... Satu pengalaman yang ana rasa menyebabkan ana termenung, sedih dan menderita apabila diperlakukan sedemikian. Alhamdulillah ia banyak mengajar ana pada masa sekarang ini dalam menempuh perkara-perkara seperti itu....





To be continued..... Di Menara Gading..