Friday, 12 November 2010

Memoar Hidupku 3

bersambung......

Di Kolej Matrikulasi Labuan

Peta Labuan
Setelah menamatkan pengajian di peringkat SPM, ana meneruskan kembali pengajian ke peringkat Matrikulasi. Alhamdulillah, Allah SWT telah menempatkan ana di Kolej Matrikulasi Labuan  (KML) yang terletak di Pulan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. Selama 1 tahun di negeri orang,banyak memberikan pengalaman dan kisah-kisah hidup yang tidak dapat dilupakan. Di KML inilah, ana mengenali pelbagai latar belakang masyarakat daripada rakan-rakan masjid, pensyarah-pensyarah serta rakan-rakan sekelas. Semuanya mempunyai kenangan yang bila teringat boleh mengalirkan air mata.. Huhu..

Di sebelah kiri antum, itulah peta Wilayah Persekutuan Labuan. Kecik jak, sehari boleh round abis. Kecik-kecik cili padi. Huhu.. Di sini ana banyak berkenalan dan mengenal Islam dengan lebih mendalam melalui pelbagai jalan yang terdapat di KML pada waktu tersebut. Kesedaran untukberamal Islami itu semakin menbara di dalam diri agar dapat kenal dan beramal dengan lebih baik lagi. Walaupun pada ketika itu, ana kurang berkomunikasi dan berkenal-kenal rapat dengan sahabat-sahabat di KML.Dan di sini jugalah ana senantiasa mencari-cari yang terbaik untuk ana ikut dan telusuri jalannya. Ana pernah ikut satu jemaah di sini, Jemaah T, mula pertengahan semester 1 hasil ajakan daripada seorang rakan ana daripada Sabah. Memang seronoklah berukhuwah sesama mereka pada masa tersebut.. Ana dapat merasakan kemanisan sepanjang ana berada bersama mereka di KML dahulu, makan bersama, tidur bersama, belajar bersama dan sebagainya. Sangat indah ukhuwahnya..

Gambar di sebelah ini adalah tempat pertama yang ana jejaki di bumi Labuan. Pertama kali melangkahkan kaki di Labuan sudah dapat merasakan kelainan dan keunikan tempat tersebut. Dari atas kapal terbang lagi sudah terpancar keindahan dan kecantikan pulau tersebut. Di Labuan ini juga, ana mula mencuba untuk rapat dengan rakan-rakan sekelas dan sekuliah sehingga ramai jugalah yang ana kenal; daripada Sabah dan Sarawak sendiri. Di sini jugalah ana mula untuk mengenal diri ana, who am I??? dan banyak perkara lain lagi..

Beberapa pengalaman yang banyak mengajar ana erti kesabaran dan persahabatan.. Di KML dulu ana pernah bermasam muka dan kawan ana tak nak tegur ana atas sebab beberapa perkara. Ini menyebabkan ana merasa risau dengan dia dan diri ana, ana cuba untuk kembali berbaik dengan dia tetapi tidak berjaya. Sehinggalah suatu ketika, lama juga, dia pun datang berjumpa ana untuk berbaik semula. Maka, ana pun menerimalah permintaan dia.. Huhu... Satu pengalaman yang ana rasa menyebabkan ana termenung, sedih dan menderita apabila diperlakukan sedemikian. Alhamdulillah ia banyak mengajar ana pada masa sekarang ini dalam menempuh perkara-perkara seperti itu....





To be continued..... Di Menara Gading..

4 comments:

  1. di kml, ada ke student yang spm dia tak melayakkan dia mengikuti matrikulasi tapi atas sebab tertentu, dia dapat mengikuti program satu tahu di matriks? saya risau, sebab result spm saya baru2 nie, kurang melayakkan saya ke matriks.

    ReplyDelete
  2. setakat yang saya tahu tak ade... by the way adik ni nama sama n daripada mane?

    yang ada pun mungkin akan ikut program matrikulasi untuk 2 tahun..

    tak try pusat ASASI UNIMAS...?

    ReplyDelete
  3. saya dari sabah. kalau boleh saya tak nak masuk ke asasi unimas, sebab saya nak juga kml. nama tu, biarlah rahsia :) subjek sains saya kurang memuaskan, saya cuma dapat D untuk physics, bio and chem. add maths dapat b+. yang lain semua A. saya rasa dengan keputusan tu, saya tak dapat masuk ke unimas juga. so, saya cuma berharap dapat masuk matriks.

    ReplyDelete
  4. owh... rahsia pulak dah... ok..

    kalau mcm tu mgkn akan dapat matrik untuk 2 tahun rasanya... kalau 1 tahun susah sikit sbb subjek sains D.. paling kurang utk program 1 tahun matrik sains semua dapat C..

    all the best for you :)
    hope you will sucess in your study and your life.

    Hope we can meet some day...

    ReplyDelete

Salam ukhuwahfillah. You may post your comments here... Jazakallah khair for the comments, questions, suggestions or etc..