In the Name of Allah the Most Gracious and Precious
Assalamualaikum wrhbt dan Salam Ukhuwahfillah kepada semua pembaca AKL.
Lama sudah ana tidak mengupdate blog ini.. Ketiadaan sambungan internet menyebabkan diri ini sukar untuk memperkemaskini dan menulis sedikit coretan di sini, walaupun banyak perkara yang ingin di kongsikan bersama. Insyallah, kali ini ana cuba untuk mencoret sedikit untuk tatapan dan peringatan kita bersama.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" [Surah al-Ahzab,33:70-71]
Di dalam ayat ini, Allah SWT memerintahkan kita berbuat dua perkara:
1. Bertaqwa kepada Allah
2. Mengatakan perkataan yang benar
Kedua-dua perkara tersebut amat penting bagi setiap orang Islam dan perlu dijadikan sebagai pegangan dalam meniti kehidupan di dunia ini, baik di dalam usaha dakwah dan tarbiyah kedua-duanya amatlah penting. Sering kita mendengar para ustaz/ustazah, pendakwah dan sebagainya di dalam ceramah-ceramah mereka akan melontarkan kedua-dua ayat tersebut sebagai permulaan kata-kata. Di dalam al-Quran betapa banyak ayat yang menyatakan tentang TAQWA ini.
Saudara dan saudari yang dirahmati oleh Allah SWT,
Kehidupan kita di dunia ini, ibaratnya seperti sebuah RODA - kekadang kita berada di atas ,kadang kala berada di bawah atau ada masanya kita ini sihat wal afiat, ada masanya kita di timpa musibah, penyakit dan sebagainya. Jadi, kita perlu menggunakan setiap kesempatan yang ada untuk sentiasa berbuat amal kebaikan, tolong-menolong, bantu-membantu dan sebagainya, supaya di kala nanti kita tidak berkesempatan ia dapat menjadi bekalan buat kita.
Musibah, dugaan, ujian dan yang sewaktu dengannya akan menimpa setiap diri manusia, cuma waktunya tidak tahu bila akan berlaku. Oleh itu, sebagai seorang Muslim kita perlu menghadapinya dengan tabah dan sabar bukan dengan maki-hamun, mengeluh dan sebagainya..
Mungkin dahulu kita di uji oleh Allah SWT dengan jiwa dan sikap kita yang buruk - membuli, minum arak, berjudi, bercouple dan sebagainya; sehinggakan kita larut dalam kemaksiatan tersebut sehingga suatu masa. Manusia ini, jiwanya telah diilhamkan oleh Allah SWT dua jalan - jalan yang fujur (keburukan) dan tawqa (kebaikan). Allah SWT firmankan di dalam surah as-Syams. Dan di dalam hadith Rasulullah SAW ada menyatakan walaupun di awal kehidupan kita begini dan begitu, tetapi belum pasti pengakhiran kehidupan sama seperti di awal kehidupan kita dengan izin dan rahmat Allah SWT. Jika sekarang kita merasakan diri kita ini sangat-sangat jahat dan pelaku maksiat, masih ada lagi peluang untuk kita bertaubat kepada Allah SWT (selagi mana nyawa kita masih ada) bergantung kepada kesedaran, kemahuan dan keupayaan kita. Makanya, marilah sama-sama kita untuk membuat perbaikan dalam diri kita, bermulalah untuk diri kita ini sedarkan dengan kehidupan kita dan mengambil tindakan yang sebetulnya terhadap segala yang berlaku di sekeliling kita sebagai seorang ISLAM. Moga- moga Allah SWT memberikan taufiq dan hidayahnya kepada sesiapa sahaja dan diri kita semua agar kita sama-sama beroleh rahmat, keredhaan dan syurga Allah SWT.
Wassalam..
CAIS
24 Sya'ban 1431H

No comments:
Post a Comment
Salam ukhuwahfillah. You may post your comments here... Jazakallah khair for the comments, questions, suggestions or etc..