Thursday 9 December 2010

Buat Mutarabbiku...




Pesanan buat mutarobbiku sebelum balik kampung;

"Akhi, kelak mun dah balik rumah/kampung mintak antum mesejkan kat ana mutabaah antum ok."
          "Mutabaah??"
"Mutabaah ibadah...."
          "Ooooo.... insyallah...
"Nanti ana mesej kat antum formatnye ok. Antum hantar kat ana setiap khamis ok"
          "Insyallah.."
"Pasya kat rumah iboh lupak tolong mak ngan bapak, basuh pinggan, cuci baju kah etc" Sepanjang cuti mintak antum hafal surah an-Naba setakat yang termampu"

Semasa cuti;

" Salam ikhwahfillah buat akhi yang dirindui Akhi, mintak mesej kat ana mutabaah ibadah antum untuk minggu tok. Jazakallah khair."
           "Salam. Lupak akhi mauk hantar... Lekak tok nganta nya"
           " No reply...
           "TQ=3, MAT=2, SUBUH=2, QIYAM=2, DUHA=3, ISTIGFAR=5 (bukan nilai sebenar) "
           "Salam. Minggu awal cuti ya tek ada, dua minggu tok sik sampey targetnya."
"Jazakallah khair akhi atas mutabaahnya. Harap antum dapat tingkatkan lagi.. Try untuk ambik masa sikit untuk mutabbaah ibadah antum. Mutabaah tok penting untuk diri antum kelak."

Itulah beberapa rentetan komunikasi ana bersama mutarobbi ana sewaktu mereka sedang bercuti di saat ini.Ana sangat merindui antum ketika saat ini.. Insyallah kita akan bertemu awal bulan Disember tok..

Itulah beberapa nasihat dan tunjuk ajar yang ana berikan buat mutarobbi ana untuk mereka lakukan dan aplikasikan semasa cuti mereka. Dan kini tinggal lebih kurang 2 minggu lagi untuk mereka kembali meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar Islam yang soleh dan muslih. (dah sampai pun). Diharapkan agar cuti-cuti mereka itu telah diisikan dengan sebaiknya agar sekembalinya ke UNIMAS mereka mempunyai peribadi yang lebih mapan dan utuh. Amin ya rabbal a'lamin.


Ana teringat lagi di awal perkenalan kita dolok.. Waktu itu ana dan antum masih lagi belum berkenalan dengan sepenuhnya... Alhamdulillah, beredarnya masa ana mula untuk mengenal antum dengan lebih dalam agar dapat ana memahami dan menarik hati antum agar mudah untuk menerima tarbiyah yang ana sajikan untuk antum..

Saudara dan saudari sekalian,

Tarbiyah Proses yang Panjang


Tarbiyah itu adalah satu proses pengembangan jiwa-jiwa manusia secara menyeluruh menggunakan manhaj Illahiyah. Proses ini amat memerlukan masa yang panjang untuk tercermin sepenuhnya peribadi-peribadi Islami dalam diri peserta tarbiyah itu sendiri. Ia memerlukan keikhlasan, kesabaran,  tadhiyyah (pengorbanan) dan ukhuwah sesama peserta tarbiyah itu sendiri.


Apa itu TARBIYAH???
Satu proses pengembangan/ pendidikan potensi dan kecenderungan yang ada pada setiap individu yang ingin untuk di tarbiyah agar dapat menjadikan dirinya lebih baik dan bermanfaat daripada sebelumnya. Yang ingin dikembangkan dan dididik adalah manusia bukannya binatang, benda bukan hidup dan sebagainya, TETAPI manusia. Yang memiliki pelbagai ragam, cerita, perangai dan kehendak. Maka, ini memerlukan pertamanya adalah kesedaran daripada dalam diri individu itu sendiri... Jika ada kemahuan akan ada jalan untuk berbuat sesuatu. Tanpa kemahuan individu tersebut kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Mereka bukannya ROBOT, bintang, patung dan sebagainya yang boleh kita perlakukan dan berbuat apa sahaja terhadap mereka. 


Alhamdulillah, dalam ramai-ramai manusia di dunia kita telah terpilih untuk menyelusuri jalan TARBIYAH ini. Sangat syukur kepada Allah SWT kerana memberikan peluang untuk ditarbiyah dan mentarbiyah mereka yang lain. Suatu nikmat yang bukan dikurniakan kepada semua orang. 

Kepada mutarobbiku (ikhwah yang mengikuti tarbiyah di bawah jagaan dan seliaanku), antum adalah penerus jalan ini. Kini, antum telah kembali untuk meneruskan agenda tarbiyah kita untuk melahirkan generasi-generasi yang menjadikan Allah SWT panduan dan jalan hidup kita.. Ana berharap agar antum tetap teguh dan sabar dalam menempuhi jalan ini kerana ia penuh dengan onak dan duri bukannya dihamparkan dengan permaidani merah sepertimana kita lihat di majlis-majlis keramaian. Banyakkanlah berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar diberikan kekuatan olehNya untuk menempuhi jalan ini... Insyallah, kita bersama-sama untuk mentarbiyah diri kita ke arah yang lebih baik..

Wallahua'lam..

Makmal Molekul Tumbuhan, FSTS, UNIMAS
3 MUHARRAM 1432H

Tuesday 16 November 2010

Ujian Sebagai Penilaian

Assalamualaikum wrhbt... buat semua pembaca AKL yang budiman..

Salam imtihan buat semua ikhwah dan akhawat yang kini sedang membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester 1, 2010. Semoga antum semua dapat menpersiapkan diri sebaik untuk peperiksaan ini dan tidak melupakan persiapan antum untuk bertemu Allah SWT.. Semoga kita semua dapat menjadi seorang pelajar Islam yang cemerlang dan gemilang di dunia dan juga di akhirat kelak. Buat ikhwah dan akhawat yang sedang menghadapi peperiksaan dan telah habis peperiksaan semoga berjaya dengan cemerlang ana ucapkan kepada antum, terutamanya kepada ikhwah-ikhwah Cempaka yang ana telah bersama antum sejak hujung bulan Oktober lalu setelah anak-anakku pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bercuti. Dan dalam 3 minggu lagi mereka akan kembali semula untuk meneruskan perjuangan di UNIMAS ini. Semoga antum semua kembali dengan semangat yang baru.. Amin...

Special thanks to ikhwah Cempaka yang sudi untuk menerima kehadiran ana di Cempaka untuk bersama antum di sana dan sedikit sebanyak membantu gerak kerja antum di sana. Ana merasakan amat bahagia dan gembira bersama antum semua, para rijal yang bersemangat padu untuk beramal dan memperjuangkan agama Allah di muka bumi UNIMAS ini khususnya. Ana terharu dengan semangat dan sikap yang antum tunjukkan dan pamerkan. Teringat kembali ana detik-detik awal semasa ana mula di tarbiyah; mengalir air mata melihat antum semua.... Back to track....

Saudara dan saudari yang dirahmati Allah SWT,

Ujian itu merupakan satu rahmat dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki olehNya.. Daripada ujian itulah Allah SWT akan menilai hambaNya itu sejauh mana keimanan, ketaqwaan dan keyakinannya kepada Allah SWT. Firman Allah SWT;


"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Surah al-Ankabut, 29, 2-3].


Sekarang ini, di kebanyakan IPTA dan IPTS tempatan sedang menjalani peperiksaan akhir semester yang merupakan suatu penilaian terhadap apa yang telah dipelajari dalam semester tersebut. Maka, mulalah para mahasiswa dan mahasiswi membuat persiapan dan persediaan yang rapi untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Sehingga ada yang sanggup membuat ulangkaji sehingga lewat malam, bersengkang mata sampai Subuh untuk merujuk kembali nota-nota yang lalu.. Dan terdapat juga para pelajar yang baru je nak print nota kuliah, buat peta minda dan sebagainya disebabkan ingin bersedia untuk peperiksaan walaupun di saat-saat akhir. Memanfaatkan sepenuh masa yang ada untuk bersedia menghadapi peperiksaan tersebut.

Semua itu kita sanggup lakukan atas dasar untuk mencapai keputusan dan pointer yang tinggi dalam pelajaran kita. Itu salah satu sikap yang sangat perlu ada dalah jiwa-jiwa kita semua yang bergelar pelajar. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik jika kita dapat berbuat perkara yang sama untuk persediaan kita menemui Allah SWT dan kematian yang akan kita hadapi entah bila waktunya... 

Yang menghairankan dewasa ini, kebanyakan pelajar Islam tidak berbuat seperti yang sepatutnya.. Disebabkan sibuk mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan, mereka lupa untuk mempersiapkan diri menghadapi hari yang telah dijanjikan oleh Allah SWT, hari Kiamat, hari di mana tiada manfaat segala harta, wang ringgit, anak-pinak, pangkat dan kekayaan bagi pemiliknya. Para pelajar Islam lupa untuk solat 5 waktu sehari semalam, solat berjemaah tak tahu lah macam mane; lupa untuk membaca aya-ayat suci al-Quran, berzikir memuji Allah SWT, berqiyamullail dan sebagainya dek kerana bersiap sedia untuk peperiksaan. Maka, di sini kita sebagai mahasiswa ISlam berperanan untuk menasihati mereka ini agar mereka dapat mengamalkan Islam itu secara syumul (menyeluruh), peranan kita untuk memberikan contoh yang terbaik buat mereka bukan kita memberikan contoh yang buruk dan banyak lain yang boleh kita lakukan. Semoga usaha kita itu berbaloi dan mendapat keredhaan daripada serta berguna buat mereka yang kita nasihati.

Sebagai pengakhirannya, memandangkan peperiksaan pada kali ini berlangsung serentak dengan sambutan hari raya Aidil Adha, ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua pembaca AKL, semoga kita memperoleh keberkatan daripadanya. Kullu'am bi taufiq wa najjah.. Selain itu, bersama-samlah juga kita mengambil erti pengorbanan di Aidil Adha ini untuk kita sama berkorban waktu, harta, jiwa dan fikiran kita untuk agama Allah.. Dalam mana kita bersiap sedia untuk peperiksaan, korbankanlah sedikit waktu kita untuk Allah SWT - solat berjemaah di masjid atau surau, baca Quran sebentar, berzikir, bertahmid dan sebagainya. Semoga kita beroleh kebaikan dan kerahmatan daripada Allah SWT atas segala yang kita lakukan.. 

Kepada sesiapa yang berpuasa sunat hari Arafah, ana mengucapkan selamat berbuka puasa dan semoga amal ibadah kita di terima oleh Allah SWT....

Wassalam..

Makmal Molekul Tumbuhan
9 Zulhijjah 1431H


Friday 12 November 2010

Memoar Hidupku 3

bersambung......

Di Kolej Matrikulasi Labuan

Peta Labuan
Setelah menamatkan pengajian di peringkat SPM, ana meneruskan kembali pengajian ke peringkat Matrikulasi. Alhamdulillah, Allah SWT telah menempatkan ana di Kolej Matrikulasi Labuan  (KML) yang terletak di Pulan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. Selama 1 tahun di negeri orang,banyak memberikan pengalaman dan kisah-kisah hidup yang tidak dapat dilupakan. Di KML inilah, ana mengenali pelbagai latar belakang masyarakat daripada rakan-rakan masjid, pensyarah-pensyarah serta rakan-rakan sekelas. Semuanya mempunyai kenangan yang bila teringat boleh mengalirkan air mata.. Huhu..

Di sebelah kiri antum, itulah peta Wilayah Persekutuan Labuan. Kecik jak, sehari boleh round abis. Kecik-kecik cili padi. Huhu.. Di sini ana banyak berkenalan dan mengenal Islam dengan lebih mendalam melalui pelbagai jalan yang terdapat di KML pada waktu tersebut. Kesedaran untukberamal Islami itu semakin menbara di dalam diri agar dapat kenal dan beramal dengan lebih baik lagi. Walaupun pada ketika itu, ana kurang berkomunikasi dan berkenal-kenal rapat dengan sahabat-sahabat di KML.Dan di sini jugalah ana senantiasa mencari-cari yang terbaik untuk ana ikut dan telusuri jalannya. Ana pernah ikut satu jemaah di sini, Jemaah T, mula pertengahan semester 1 hasil ajakan daripada seorang rakan ana daripada Sabah. Memang seronoklah berukhuwah sesama mereka pada masa tersebut.. Ana dapat merasakan kemanisan sepanjang ana berada bersama mereka di KML dahulu, makan bersama, tidur bersama, belajar bersama dan sebagainya. Sangat indah ukhuwahnya..

Gambar di sebelah ini adalah tempat pertama yang ana jejaki di bumi Labuan. Pertama kali melangkahkan kaki di Labuan sudah dapat merasakan kelainan dan keunikan tempat tersebut. Dari atas kapal terbang lagi sudah terpancar keindahan dan kecantikan pulau tersebut. Di Labuan ini juga, ana mula mencuba untuk rapat dengan rakan-rakan sekelas dan sekuliah sehingga ramai jugalah yang ana kenal; daripada Sabah dan Sarawak sendiri. Di sini jugalah ana mula untuk mengenal diri ana, who am I??? dan banyak perkara lain lagi..

Beberapa pengalaman yang banyak mengajar ana erti kesabaran dan persahabatan.. Di KML dulu ana pernah bermasam muka dan kawan ana tak nak tegur ana atas sebab beberapa perkara. Ini menyebabkan ana merasa risau dengan dia dan diri ana, ana cuba untuk kembali berbaik dengan dia tetapi tidak berjaya. Sehinggalah suatu ketika, lama juga, dia pun datang berjumpa ana untuk berbaik semula. Maka, ana pun menerimalah permintaan dia.. Huhu... Satu pengalaman yang ana rasa menyebabkan ana termenung, sedih dan menderita apabila diperlakukan sedemikian. Alhamdulillah ia banyak mengajar ana pada masa sekarang ini dalam menempuh perkara-perkara seperti itu....





To be continued..... Di Menara Gading..

Thursday 5 August 2010

Langkah Kehidupan

In the Name of Allah the Most Gracious and Precious

Assalamualaikum wrhbt dan Salam Ukhuwahfillah kepada semua pembaca AKL.

Lama sudah ana tidak mengupdate blog ini.. Ketiadaan sambungan internet menyebabkan diri ini sukar untuk memperkemaskini dan menulis sedikit coretan di sini, walaupun banyak perkara yang ingin di kongsikan bersama. Insyallah, kali ini ana cuba untuk mencoret sedikit untuk tatapan dan peringatan kita bersama.

Firman Allah SWT:








Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" [Surah al-Ahzab,33:70-71]

Di dalam ayat ini, Allah SWT memerintahkan kita berbuat dua perkara:
1. Bertaqwa kepada Allah
2. Mengatakan perkataan yang benar

Kedua-dua perkara tersebut amat penting bagi setiap orang Islam dan perlu dijadikan sebagai pegangan dalam meniti kehidupan di dunia ini, baik di dalam usaha dakwah dan tarbiyah kedua-duanya amatlah penting. Sering kita mendengar para ustaz/ustazah, pendakwah dan sebagainya di dalam ceramah-ceramah mereka akan melontarkan kedua-dua ayat tersebut sebagai permulaan kata-kata. Di dalam al-Quran betapa banyak ayat yang menyatakan tentang TAQWA ini.

Saudara dan saudari yang dirahmati oleh Allah SWT,

Kehidupan kita di dunia ini, ibaratnya seperti sebuah RODA - kekadang kita berada di atas ,kadang kala berada di bawah atau ada masanya kita ini sihat wal afiat, ada masanya kita di timpa musibah, penyakit dan sebagainya. Jadi, kita perlu menggunakan setiap kesempatan yang ada untuk sentiasa berbuat amal kebaikan, tolong-menolong, bantu-membantu dan sebagainya, supaya di kala nanti kita tidak berkesempatan ia dapat menjadi bekalan buat kita.


Musibah, dugaan, ujian dan yang sewaktu dengannya akan menimpa setiap diri manusia, cuma waktunya tidak tahu bila akan berlaku. Oleh itu, sebagai seorang Muslim kita perlu menghadapinya dengan tabah dan sabar bukan dengan maki-hamun, mengeluh dan sebagainya..

Mungkin dahulu kita di uji oleh Allah SWT dengan jiwa dan sikap kita yang buruk - membuli, minum arak, berjudi, bercouple dan sebagainya; sehinggakan kita larut dalam kemaksiatan tersebut sehingga suatu masa. Manusia ini, jiwanya telah diilhamkan oleh Allah SWT dua jalan - jalan yang fujur (keburukan) dan tawqa (kebaikan). Allah SWT firmankan di dalam surah as-Syams. Dan di dalam hadith Rasulullah SAW ada menyatakan walaupun di awal kehidupan kita begini dan begitu, tetapi belum pasti pengakhiran kehidupan sama seperti di awal kehidupan kita dengan izin dan rahmat Allah SWT. Jika sekarang kita merasakan diri kita ini sangat-sangat jahat dan pelaku maksiat, masih ada lagi peluang untuk kita bertaubat kepada Allah SWT  (selagi mana nyawa kita masih ada) bergantung kepada kesedaran, kemahuan dan keupayaan kita. Makanya, marilah sama-sama kita untuk membuat perbaikan dalam diri kita, bermulalah untuk diri kita ini sedarkan dengan kehidupan kita dan mengambil tindakan yang sebetulnya terhadap segala yang berlaku di sekeliling kita sebagai seorang ISLAM. Moga- moga Allah SWT memberikan taufiq dan hidayahnya kepada sesiapa sahaja dan diri kita semua agar kita sama-sama beroleh rahmat, keredhaan dan syurga Allah SWT.

Wassalam..

CAIS
24 Sya'ban 1431H

Thursday 22 July 2010

Antara Penyapu Lidi Dan Vacuum CleanAntara Penyapu Lidi Dan Vacuum Cleanerer


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

Sekadar sedikit perkongsian untuk kita bersama. Dah lama tak updated blog ni, tak berkesempatan. Yang ini pun copy-paste je. Cari-cari kat internet terjumpa sebuah buku tentang Hukum dan Adab Berjamaah Dalam Islam, tapi sikit sahaja yang ada di website tersebut. Jadi, ana ingin kongsikan bersama antum tentang buku tersebut. Penulis buku tersebut adalah Hafiz Firdaus Abdullah dan antum boleh browse di http://hafizfirdaus.com/content/view/155/80/

Ini sedikit sebanyak daripada tulisan penulis buku tersebut:

“Amin! Boleh tak sebatang lidi menyapu habuk di atas permaidani?” tanya Syukri penuh semangat kepada rakan sekuliahnya, Muhammad Amin.

“Ha? Mana boleh? Sudah tentu tidak.”
“Ahaa! Tepat sekali. Bagaimana jika beberapa batang lidi diikat bersama menjadi sebatang penyapu lidi?”

“Ya! Kali ini boleh. Ehh! Engkau nak buka perniagaan sambilan menjual penyapu ke Syukri?” tanya Muhammad Amin, kehairanan mendengar soalan rakannya itu. Mereka berdua ialah pelajar tahun pertama dalam subjek ekonomi di Universiti Muamalat Malaysia. “Subjek ekonomi yang engkau pelajari sekarang ini pun macam nyawa-nyawa ikan. Takkan nak buat bisnes pulak?” lanjut Muhammad Amin.
“Bukan buat bisnes. Saja nak bagi engkau satu perumpamaan.”
“Teruskan…”

“Kita umat Islam dituntut berusaha untuk agama dan umat. Akan tetapi jika kita berusaha secara berseorangan, hasilnya amat minimum…macam sebatang lidi yang digunakan untuk menyapu habuk di atas permaidani. Entah-entah takde hasil langsung!” “Owh! Menarik ni…teruskan…” jawab Muhammad Amin sambil menyedut jus Carrot susu di depannya. Jus tembikai Syukri kelihatan masih belum disentuh.

“Akan tetapi kalau kita berusaha dalam dalam satu jamaah, hasilnya jauh lebih baik. Satu jamaah umpama beberapa batang lidi yang diikat menjadi sebatang penyapu lidi, ia lebih berhasil untuk menyapu habuk di atas permaidani” jelas Syukri. Jus tembikai mula disedutnya, kepuasan terserlah di air muka setelah melihat Muhammad Amin mengangguk-angguk.

“Nanti dulu, ada lagi!”
“Apa dia? Teruskan…” jawab Muhammad Amin dengan wajah yang berseri-seri.
“Di antara sebatang lidi dan sebatang penyapu lidi, yang mana satu mudah dipatahkan?”
“Sudah tentu sebatang lidi. Ahaa! Engkau nak cuba buat perumpamaan yang kalau kita berseorang, kita mudah gagal berbanding kalau kita berjamaah, kita sukar gagal atau patah semangat?”

“Bijak sungguh engkau ni Min. Aku belum cakap engkau dah tangkap!”
Muhammad Amin membalas sederhana: “Takdelah bijak mana, setakat itu aku tahulah”
“Owh! Jadi engkau dah tahulah tentang jamaah yang aku nak jemput engkau ni? Kalau gitu tunggu apa lagi?”
“Hmm…adalah, susah sikit aku nak cakap. Bukan semua orang boleh terima.”
“Belum cuba belum tahu. Try me, I’m open, I’m cool man” balas Syukri sambil mula menconcongkan diri kepada Muhammad Amin.

“Bukan apa…perumpamaan penyapu lidi itu memang baik. Tetapi…tetapi setakat yang aku amati, habuk di atas permaidani tak disapu. Masing-masing jamaah hanya sibuk untuk mengetatkan ikatan penyapu lidi masing-masing.”
“Maksud engkau?”

“Masing-masing jamaah banyak memberi tumpuan kepada mengkader ahli yang baru dan memagar ahli yang sedia ada. Aktiviti demi agama dan umat amat minimum. Mungkin ada tetapi aku tak nampak pun.”
“Aku rasa engkau tak nampak kut…” balas Syukri sambil mula ke belakang, bersandar di kerusi plastik warung tepi jalan itu.
“Ada lagi yang aku nampak…engkau nak dengar ke?”
“Err…apa lagi?”
“Kalau pun penyapu lidi dah berjaya diikat ketat, aktiviti seterusnya ialah berlawan pedang antara sesama jamaah. Penyapu lidi umpama pedang.”
“Isyy! Mana ada kita main pedang?”

“Ada, itu hanya kiasan. Perhatikan antara berbilang jamaah, berlaku fenomena saling mendengki, saling memfitnah dan saling bersaing secara negatif. Aktiviti ini lebih diberi tumpuan berbanding menyapu habuk di atas permaidani.”
“Ahaa! Itu aku tak setuju. Jamaah yang aku join semuanya OK. Semuanya baik, semuanya teratur lagi kemas. Yang engkau cakap itu mesti jamaah-jamaah yang lain. Mereka itu memang berterabur…samseng pun ada!”

“Inilah yang aku maksudkan. Engkau menganggap jamaah engkau yang terbaik, orang lain menganggap jamaah dia yang terbaik dan begitulah seterusnya. Akhirnya berlawan pedang siapa yang terbaik, habuk masih belum disapu.”

“Habis engkau apa beza? Engkau tidak menyertai mana-mana jamaah, engkau hanya sebatang lidi yang tidak menyapu apa-apa habuk juga!” tegas Syukri, nadanya sudah berubah sikit, lebih tinggi daripada sebelumnya. Ketulan ais dalam jus tembikainya sudah mula cair.
“Islam ini luas, Islam ini lapang, ada pelbagai sarana dan jalan. Seseorang itu bebas memilih cara yang efektif untuk dia berusaha demi kebaikan agama dan umat. Jangan memenjarakan diri dengan satu sarana aje.”

“Habis engkau guna cara apa?” tanya Syukri tidak sabar.
“Aku guna vacuum cleaner. Penyapu lidi dah ketinggalan zaman daaa…!” balas Muhammad Amin tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk bahu Syukri.

Begitulah perupamaan-perumpamaan yang dipaparkan di dalam buku tersebut yang sedikit sebanyak berlaku dalam kalangan jemaah-jemaah Islam pada hari ini. Semoga menjadi pengajaran dan panduan bagi kita semua dalam menyebarkan risalah Allah SWT. Untuk bacaan lanjut antum boleh beli buku itu atau baca sedikit dalam laman web yang ana letak di atas tadi.. Wallahu'alam.

Maktab Irsyad
10 Sya'aban 1431H

Tuesday 18 May 2010

Insyallah by Maher Zain

A song to sing and look upon it lyrics.

A song by Maher Zain, one of the newest nasyeed singer which bring an Islamic points of view and being interested in this present day. That good!!!!

The song bring us to know that Allah SWT is always helping us when us are in sadness, poverty, guilty and etc.. Allah SWT will always help us if we do what He says like pray to Him and accomplished all His message. All the situation, feel and environment in this world are in His hand and He has the power to make it or not. All the things are in His surveillance and control.

The lyrics:

InSyaLLah


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost there
That your so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side..

Insyallah (3X)
You'll find your way
Insyallah (3X)
You'll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can repent
And that its way too late
You're so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side..

Insyallah (3X)
You'll find your way

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your  hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don't let me go astray
You're the only one showed me the way
Showed me the way (3X)

Insyallah (3X)
We'll find the way......






Downloadable MP3 format


Hoping that the song might inspired us to be the most good Muslim, understand our religion and practicing it in our daily life all the things that Allah SWT  had told us to do and neglect all the don't.
Insyallah

Baitul Irsyad
4 Jamadil Akhir 1431H

Sunday 16 May 2010

Memoar HidupKu 2

Di Sekolah Rendah

Sejak ana lahir sehingga Form 1, belum pernah keluar daripada dearah/bahagian ana. Paling jauh pun pergi Sarikei dan Sri Aman... Kuching sewaktu Form 1 baru bermukim di sana sehingga Form 5. Sekarang di UNIMAS, Kota Samarahan sejak tahun 2006 hingga sekarang.



Nak cerita waktu sekolah rendah, ana tergolong dalam golongan yang tak masuk Tadika KEMAS sebab beberapa perkara.. Ceritanya begini, sebelum-sebelum ana semua adik beradik ana masuk tadika kecuali ana dan adik perempuan ana. Semuanya gara-gara kakak ana yang ke-4, sebab dia pagi masuk tadika pastu ponteng.. Jadi bapa ana pun tak bagi lagi lah lepas tu sebab "mun sik mauk pergi, sik payahlah pergi". Adik ana yang bongsu saja yang masuk tadika sebab syarat untuk kemasukan ke Tahun 1 adalah pasca tadika.



Sewaktu sekolah rendah, ana bersekolah di SK Serabang yang letaknya 10 minit perjalanan daripada rumah ana.. Dekat je boleh jalan kaki.. Pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah, banyak pengalaman yang diperolehi dan diketahui - ada budak yang menangis sebab takut dengan cikgu sampai keesokkannya sik mauk pergi sekolah dah..


Ya cerita waktu sekolah rendah... banyak gik sebenarnya... tp byk dah sik ingat...

Di Sekolah Menengah

Lepas habis UPSR, ana sambung  pelajaran ke bandar Kuching di sebuah sekolah yang terkenal - SMK Petra Jaya Kuching. Bermula tingkatan 1 hingga tingkatan 5, memang tak pindah sekolah lain walaupun boleh sebenarmya... (nak naikkan nama sekolah, sayang sangat dengan sekolah ni). Di sinilah bermulanya untuk ana mula mengenali erti kehidupan dan mencari identiti diri.


Pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ni, dalam satu minggu yang pertama ayah analah yang selalu menemankan ana sehinggalah ana masuk ke kelas. Dia memerhatikan daripada jauh, mana tau ana pelajar yang mengganggu ana. Lepas ana dah masuk kelas (kelas bermula) barulah ayah ana balik rumah.  Prihatinnya seorang ayah, huhu. Kemudian, minggu-minggu seterusnya ana dah biasa maka ana pergi sorang-sorang jak lah ke sekolah. Bermulalah kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah. Semasa tingkatan 1 ana ditempatkan di Tingkatan 1E, sebuah kelas yang agak baik juga dan guru tingkatan pun baik (Selamat Hari Guru 2010).

Bersempena dengan hari Guru ini, jadi akan mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" buat semua guru di Malaysia dan secara khususnya kepada semua guru yang pernah mengajar dan membimbing ana sehinggalah menjadi seperti sekarang terutamanya guru-guru di SMK Petra Jaya. Jasa dan pengorbanan anda semua amatlah berharga dan ana mengharapkan semuanya berada dalam kehidupan yang sejahtera berpanjang dalam naunganNya. Amin ya rabbal a'lamin.


Jadi, kita teruskan kembali, iklan kejap tadik. Sekolah ini sebenarnya ada keupayaan yang tinggi untuk menjadi sekolah harapan walaupun  sering dikaitkan dengan kes buli, ponteng sekolah, gengster, dll. Memang pertama kali masuk takut juga. Tapi hakikat sebenarnya, yang bersikap seperti itu hanyalah sebilangan sahaja, kebanyakkan pelajar di situ baik-baik dan berpotensi untuk menjadi pelajar cemerlang. Cumanya bergantung kepada diri pelajar yan kedirik.

Di sekolah ini, ana banyak berkenalan dengan rakan-rakan dan guru-guru. Sahabat ana di sini adalah yang paling rapat dengan ana berbanding dengan yang di sekolah rendah dolok. Kami macam dah jadi adik beradik dah (remember the moments, huhu). Di sini jugalah ana mula untuk mengenal lebih mendalam mengenai hakikat dan pengamalan Islam di dalam kehidupan ana. Sewaktu tingkatan 2, guru tingkatan analah yang memberikan inspirasi untuk ana mula istiqomah dengan solat lima waktu; dan sejak waktu tersebut ana alhamdulillah tak tinggal solat 5 waktu melainkan kalau terlupa (masih kurang lagi imannya). Masuk tingkatan 3, ana mula dikenali oleh ramai guru-guru di sekolah tersebut. Banyaklah juga asam, gula dan garam pada waktu tu. PMR, alhamdulillah dapatlah 8A; ingat nak mohon untuk Sekolah Sains, tapi fikir punya fikir sama jak kondisinya. Cikgu-cikgu pun banyak support supaya tidak berpindah ke sekolah untuk menaikkan nama sekolah untuk SPM kelak. SPM pada tahun ana tu, memang pihak sekolah berbuat yang terbaiklah untuk kami sebab mereka yang menggalakkan kami untuk tidak berpindah.

Ana mula mengenal usrah (tarbiyah) semasa tingkatan 4, setelah mengikuti satu program (Kursus Inti Islami, anjuran ......). Waktu kursus ana memang banyak mengenal dengan lebih mendalam tentang Islam yang sebelum ini ana tak pernah tahu. Program itu memang banyak memberi perubahan pada ana dan membina identiti ana yang terbaik sebagai seorang pelajar Islam. Setelah program itu, ana memang mengikuti usrah yang dibuat di bawah program tu, yang lebih dikenali dengan nama Kelab KRH. Setiap minggu, ana alhamdulillah dapat konsisten hadir ke usrah tu sampailah masuk Kolej Matrikulasi. Tapi di matrikulasi lain pulak ceritanya... Kelak kita kongsikan bersama. Dengan usrah itu, sekali lagi ana tersentuh sehinggakan ana sanggup naik bas setiap hujung minggu daripada Semariang ke Satok untuk hadir usrah. Hujan, panas, sejuk kah tetap juak di redah. Waktu dah dekat SPM pun ana masih lagi hadir untuk usrah ya... Banyak yang ana pelajari walaupun belum memahami apa sebenarnya usrah tok... Ana hadir ya atas pun tujuan untuk mengubah diri dan memahami Islam, tu je. Tanpa mengetahui apa sebenarnya tujuan usrah tok... Sehinggalah ana masuk universiti barulah faham... Begitu sebenarnya...

 


To be continue...

Baitul Irsyad
2 Jamadil Akhir 1431H

Memoar HidupKu 1

Tanggal 29 April 1987 bersamaan 1 Ramadhan, aku dilahirkan di sebuah daerah kecil di Sarawak, Saratok. Specifically, Pusat Kesihatan Saratok di bahagian Betong (sekarang sudah naik taraf menjadi Hospital Saratok) yang jauhnya kira-kira 60 km daripada tempat asal ku. Dalam tempoh lebih kurang 1 jam 45 minit sampai ke pusat kesihatan tersebut. Pada waktu itu, ummi dan abi sebenarnya memang berada di sekitar daerah Saratok tersebut jadi tidak tergesa-gesalah perjalanannya.. Mungkin sengaja di rancang. Dalam kalangan adik-beradik yang lain, hanya diriku yang dilahirkan di situ. Yang lain semuanya di Klinik Kesihatan Pusa.

 
Hospital Saratok

Sejak kecil diriku diasuh sendiri oleh ummi dan abiku serta ahli keluarga yang lain di kampung yang pada waktu itu agak terpencil daripada perbandaran. Jalan raya pun masih tiada, bekalan air berbekalkan tadahan air hujan sendiri, makanan alhamdulillah segar-segar belaka (ambik daripada kebun), elektrik pun waktu tu masih guna generator (kalau ok), pelita atau lampu gas. Kalau nak masak guna kayu api je, dapur gas belum ada lagi, dapur elektrik lagik lah sik ada. Itulah suasana temoat aku dibesarkan dan diasuh. Walaupun serba kekurangan tetapi amat menyeronokan dan satu pengalaman yang bukan semua orang melaluinya, special person only. Kampungku di beri nama Kampung Serabang. Sejarahnya boleh refer pada link.Sebuah kampung yang jauh daripada hiruk-pikuk bandar, segar, aman, damai dan tenang.

Gambar-gambar di kampung (masjid, rumah saudara & pantai  lumpur)


Selama 12 tahun aku dibesarkan dikampung ini dan tidak pernah menjejakkan kaki ke bandar ataupun bandaraya. Di situlah aku membesar dan mula untuk mengenali kehidupan ini. Aku mula untuk beramal dengan Islam (meaning to say solat) sejak di Tahun 6, itu pun solat Jumaat jak.. itu pertama kali ana mula solat dan konsisten setiap minggu hadir solat Jumaat (atas paksaan dan nasihat seorang cikgu pada masa itu). Kemudian, setelah lama baru ana mula untuk try solat fardu (ana mulakan waktu ya pada bulan Ramadhan solat Maghrib). Tapi, waktu itu tak berapa nak istiqomah sangat solatnye... Sehingga masuk ke tingkatan 2.... Di mana aku telah berpindah ke bandar Kuching untuk meneruskan pelajaran. 

To be continue.....

Plant Molecular Laboratory
2 Jamadil Awal 1431H

Friday 9 April 2010

Air Mata Seorang Murobbi

Assalamu'alaikum...Hanya sekadar luahan isi hati dari seorang manusia bergelar MUROBBI.. Moga ikhwah /akhawat dapat pengajaran.

(maaf.. ianya agak panjang).

AIRMATA SEORANG MUROBBI….

Kita sama-sama masih teringat ketika kita mula-mula bertemu. dahulu  Tidak ada yang lebih berbahagia di dalam hati ini selain melihat wajah-wajah ceria pelajar-pelajar baru yang begitu bersih dapat menjejakkan kaki ke sebuah IPT. Memang ayah bonda menginginkan suatu yang terbaik buat mu. Mahukan engkau menjadi orang yang terpelajar dan berguna kepada mereka, kepada agama dan kepada negara. 

Ketika hari pendaftaran, kami sama-sama menjengah diri melihat muka-muka kalian. Kalian adalah ibarat rahmat kepada kami kerana dari kaliannya kami mendapat ketenangan dan kesejukan hati. Bagaimana..? akan kami ceritakan segala-galanya nanti! Kemudiannya kalian di heret ke sana kemari dengan minggu pengenalan. Kalian didedahkan dengan apa yang ada ditempat belajar yang baru ini. Moga kalian dapat berta’aruf dengan cepat di alam baru ini. Kalian bersolat jamaah dan berma’thurat sama-sama. Kalian di dudukkan di dalam LDK dan kalian akhirnya menjejakkan kaki ke malam terakhir pengenalan. Kami masih mengintai-ngintai kalian. Bukan wajah dan gaya… tetapi watak dan budi. Manakah di antara kalian yang akan bersama kami? Manakah di kalangan kalian yang akan mewarisi jejak kami? 

Memang kami mengetahui dan menyedari.. kalian datang dengan keinginan yang berbeza. Ada yang ingin mendapat segulung sijil yang nantinya akan dipersembahkan kepada ibu dan ayah. Ada yang tertolak kerana ayah dan ibu menghendaki demikian. Kami faham itu semua… dan itu semua tidak langsung penting bagi kami. Kalian didudukkan di dalam halaqoh-halaqoh akhirnya. Kita sama-sama saling mengenal, mendengar dan memberi. Bercerita dan membaca. Berbincang dan bermesra. Bukankah itu satu titik permulaan yang indah dalam pengalaman hidup kita?

Kita kemudian bertemu lagi dalam rehlah dan dauroh. Duduk dan mendengar.. makan dalam dulang bertemu kepala. Kemudiannya tidur diatas lantar tanpa hamparan. Kesemuanya menjadi detik manis dan kenangan yang mungkin sukar dilupakan. Dari situlah kesemuanya bermula… Kami memerhati dan cuba mengenal. Siapakah dari kalangan kalian yang sudi untuk bersama lebih memahami apa yang sedang kami fikirkan? Kami hanya ingin mengongsi beban yang sedang kami cuba pikulkan selama ini. Kami faham ianya begitu berat dan tidak mampu ditanggung oleh hanya dua tiga kerat manusia yang lemah seperti kami. Bebannya berat dan perjalanannya panjang. Hasilnya belum tentu diperolehi di masa terdekat. Kami berfikir dan berfikir … bagaimanakah cara terbaik untuk mengenali siapa dari kalian yang berminat. Kami adakan halaqoh… kami adakah rehlah dan kami adakan dauroh.. kami adakan mukhayyam… dan entah apa lagi. Semuanya adalah kerana cuba mengenali kalian.. disamping untuk memberi sedikit sebanyak kesedaran dan ilmu.

Akhirnya …

Kami telah dikurniakan Allah dengan kalian. Kalian menampilkan diri dengan semangat dan kesediaan untuk bersama. Kami begitu gembira. Kami tidak meminta kalian berbuat demikian. Sedikitpun tidak ingin memaksa. Kami hanya membuka jalan dan peluang setelah memberi kesedaran sedikit sebanyak. Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmatNya kepada kita. Bermulalah satu episod baru dalam hidup kita. Mungkin kita masih ingat kita mula menjejakkan kaki ke alam baru.. fikrah baru dan ikatan baru. 

Kalian telah berjaya memujuk hati kalian untuk bersama dalam gerombolan ini. Gerombolan yang ingin untuk melihat dunia berubah ke arah Islam. Kita mula tangkas melayari perjalanan yang sengit ini.Kita cuba menumpaskan nafsu yang kadangkala mengganggu dengan cerita indahnya hidup relaks dan seronok. Tapi kalian telah berjaya menolak itu semua. Walaupun kawan dan teman lain telah lama dibuai mimpi, kalian kadangkala masih termangu di hadapan kami.. menadah buku dan sedikit risalah. Segalanya hanya untuk memahami Islam yang masih banyak yang perlu dipelajari. Kadangkala teman seronok dihadapan cerita TV dan VCD, tetapi kita menolaknya itu semua.. kerana masa amat berharga bagi kita untuk dibazirkan pada itu semua. Kadangkala kawan-kawan enak tidur ditilam empuk asrama, tetapi kita terpaksa berjaga malam di mukhayyam hanya semata-mata untuk melatih diri bagaimana indahnya dapat berkorban untuk sahabat yang sedang tidur di lantai bumi. 

Betapa banyaknya pengalaman yang kalian telah lalui bersama kami ! Kami cuba memberi apa yang kami terdaya. Segala-galanya adalah untuk menjadikan kalian orang yang bermanfaat untuk Islam. Kami merasa kasihan kepada Islam yang masih menagih cinta dan pengorbanan dari penganutnya. Islam masih terumbang ambing dicampak dan diheret oleh manusia liar. Islam yang sepatutnya tinggi masih digilis-gilis dan dipijak ganas untuk manusia zalim. Siapa yang ingin membelanya? Siapa yang akan meletakkannya ke tempat paling tinggi yang sepatutnya. Inilah yang kami cuba lakukan. Alhamdulillah, kalian mula sedikit demi sedikit memahami apa yang kami ingin kongsikan. 

Walaupun kami kadangkala tidak dapat berehat sebagaimana orang lain… tetapi ketenangan mula menjenguk.. ketika melihat kalian mula faham dan mula melangkah. Denyut nadi perjuangan kalian yang mula bergerak-gerak sudah cukup menggembirakan kami… lebih gembira dari sang musafir yang terjumpa kembali untanya yang hilang di padang pasir ! Tentu kalian masih ingat itu semua. 

Kalian bagi kami adalah lebih mahal dari dunia dan isinya. Kalianlah sumber pahala kami di zaman ketandusan pahala dan bermaharajanya dosa dan maksiat. Bukankah ‘Allah memberi petunjuk seorang manusia dengan hasil usahamu adalah lebih baik dari dunia dan isinya’?. Kerana itu kalian semua lebih mahal bagi kami dari segala harta. Mungkin dari situlah kalian dapat faham, bagaimana susahnya kami kerana menjaga kalian. Betapa banyaknya harta yang kami curahkan kerana kalian. Betapa kami terpaksa melupakan masa rehat dan hujung minggu untuk kalian. Betapa kami sudah tidak mempunyai apa-apa lagi yang dapat kami berikan kepada kalian semua… semuanya telah diberikan. Mungkin sekarang kalian telah dapat fahami. Kerana kalian lebih berharga dari dunia dan isinya ! 

Sukar kami menceritakan ini semua… terpaksa dan semoga ianya menjadi pedoman untuk kalian juga. Bahawa hidup seorang yang tahu di mana Islam berada sekarang tidak memungkinkannya sempat membina istana dan mahligai. Tidak memungkinkannya bergembira di setiap hujung minggu dengan anak isteri. Tidak mungkin berpeluang untuk menikmati hari-hari perlancongan dan santai tanpa matlamat dakwah. Tidak mungkin berenak dengan kenderaan besar dan mewah. Bagaimana ia boleh berbuat demikian sedangkan Islam masih menunggu pendokong yang akan menyelamatkannya? Kerana memahami itu semua, kami wakafkan diri kami untuk kalian. Biarlah manusia lain dengan dunianya.. namun kita tenang dan gembira dalam alam kita sendiri. Walaupun orang lain melihat kita dalam kesukaran dan kesusahan hidup, namun itulah kebahagian kita ! 

Matlamat kami.. melahirkan kader-kader yang akan bekerja untuk Islam. Keinginan kami.. apabila kalian telah melangkah keluar dari sini.. kalian telah menjadi manusia muslim baru yang membawa bersama-sama obor yang akan menyuluh tempat-tempat yang masih gelap di pelusuk sana. Itulah sahaja matlamat dan cita-cita kami. Kami tidak mampu memberi kalian kerja yang bergaji mahal. Kami tidak sanggup menjanjikan jawatan selepas kalian keluar. Itu semua adalah suatu yang kerdil bagi kami. Ianya mampu dicari oleh sesiapa walau bagaimana keadaannya sekalipun. Yang lebih penting dari itu semua ialah kami tidak mahu kalian tenggelam di dalam kancah dunia yang sedang bergelumang dengan materialisma yang tidak mampu diharungi oleh manusia biasa. Kerana itulah kami cuba bekalkan kepada kalian dengan kekuatan dan kefahaman. Lebih dari itu, kami mahukan kalian menjadi manusia yang akan membawa manusia lain untuk bersama-sama dalam perjuangan kita yang masih panjang. 

Kami cuba sedaya upaya untuk mengajak kalian memahami bahawa apa yang kita buat ini bukan kerana tempat belajar kita. Bukan kerana wajib atau ingin menjaga hubungan dengan pensyarah. Bukan kerana markah atau prestasi. Kami cuba memotong tali-tali yang mengikat kalian dengan itu semua. Kami membawa kalian ke luar sana… berjumpa dengan mereka yang telah mendahului kita di atas jalan ini. Melangkah ke luar negara.. berjumpa dan mengambil pengalaman mereka. Mereka semua adalah se jalan dengan kita.. berjuang menegakkan fikrah yang sama! Perit letih kami tidak sia-sia. Kalian mula melangkah ke garisan-garisan akhir bersama kami dengan sabar dan tekun. Kalian langsung tidak menunjukkan rasa jemu dan bosan. Walaupun telah ada dikalangan kalian yang telah kecundang setelah beberapa lama, namum kalian masih thabat teguh. 

Kalian mula faham bahawa kerja kita perlukan disiplin yang tinggi. Kerja kita perlukan jamaah dan ketaatan. Kerja kita perlukan syura danperbincangan dengan murobbi/murobbiyah yang telah begitu lama memimpin tangan kita sejak kita masih bertatih-tatih di permulaan perjalanan. Kerja kita memerlukan kita tidak putus dan bersama dengan jamaah di mana saja kita berada. Di saat berpisah, itulah harapan kami. 

Gembiranya hati kami melepaskan kalian menuju ke destinasi masing-masing. Betapa inginnya hati kami untuk mendengar deringan telefon dari kalian.. menceritakan pengalaman baru kalian di kampung dan kawasan masing-masing.. setelah mendapat title baru bergelar ‘DA’I’. Betapa tak sabarnya kami ingin menatap tulisan dari kalian .. bercerita bagaimana kalian telah mula mengumpul mad’u-mad’u baru ditempat kalian. Betapa gembiranya kami nantinya mendengar kalian mula ke sana-kemari mengikuti program bersama ikhwah dan akhawat di tempat baru kalian. Kami tidak dapat bayangkan bagaimana gembiranya hati kami bila mendengar murobbi/murobbiyah baru kalian begitu memuji kesungguhan dan semangat yang kalian tunjukkan. Ketika itulah kami akan mengurut dada gembira… airmata kami berlinangan kegembiraan.. betapa tanaman kami telah menghasilkan buah. Usaha kami selama 3 tahun kalian bersama tidak sia-sia ! 

Hari berganti hari.. kami di sini terus dengan kesibukkan melayan adik-adik kalian yang terus tiba semester demi semester dan cuba untuk menjadi pelapis kepada kalian. Mereka bersemangat untuk meneruskan apa yang telah dilakukan oleh kalian. Mereka masih ingatketika kalian bersama-sama mereka di halaqoh, rehlah, dauroh dan mukhayyam. Mereka masih ingat.. kalianlah yang mendidik mereka dan mengasuh mereka sedikit sebanyak. Kami terus membantu mereka sekadar kemampuan kami ini.. agar mereka menjadi seperti kakak-kakak dan abang yang telah tamat belajar. Hari terus berganti… kami masih menunggu sepucuk warkah atau sedering telefon… atau sepatah salam dari musafir yang pulang. Namum bayangan masih kelam. 

Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Hati kami mula bimbang. Apakah yang telah terjadi kepada anak-anak kami yang telah pergi? Kami mula bertanya kepada musafir yang lalu… atau kepada ikhwah dan akhawat yang berjiran.. dimana anak-anak kami.. pernah terdengar ke si anu dan si anu? Jawapan negatif membimbangkan kami tentunya. Kini beberapa bulan berlalu sepi tanpa berita. Bagi kami.. cukuplah tempoh yang bernama bulan untuk menghancurkan sedikit semangat dan pegangan kita. Hati kita sentiasa di intai syaitan. Tidak ada manusia yang boleh mendakwa dia akan kuat tanpa jamaah. Tidak akan ada kambing yang tidak keseorangan yang tidak di makan serigala bila keseorangan.. kerana memang serigala ada di mana-mana. Paling kurang kita akan mula hilang ketajaman sensitif terhadap matlamat kita. 

Kita sudah boleh mulai lupa tujuan dan halatuju hidup dan perjuangan kita. Suatu yang begitu membara di dalam hati kita ketika kita bersama dulu mula pudar dan tinggal dingin. Satu demi satu berita kami terima mengenai hal kalian… jika ketika berpisah kami menjangkakan kami akan menitiskan airmata kegembiraan mendengar ketangkasan dan keaktifan kalian… tetapi … titisan sebaliknya mula mengalir.. Apa yang telah terjadi kepada kalian? Apa yang telah kalian lakukan? Kami mula sebak… ketika huruf-huruf ini disusun, kami tidak dapat menahan air mata lagi. 

Bersama baris-baris yang keluar… kami iringi dengan cucuran yang tidak dapat ditahan..! Ianya bukan satu buatan. Ianya bukan rekaan satu cerita dan cerpen. Ia adalah satu kenyataan yang telah berlaku beberapa ketika lalu dan… air mata ini masih panas. Ianya adalah perasaan sayu kami bila harapan telah mulai berkecai. Satu demi satu harapan bangunan yang kami bina dan kami atur batu bata negara Islam dan khalifah yang kami inginkan berantapan jatuh di hadapan kami. Kalau dahulu kami harapkan kalian akan menjadi tangan-tangan yang akan bersama-sama mengangkat batu batu yang lebih berat dan menjadi pembina bangunan ini… kini segalanya hampa. Tanpa kami sedari, ada di kalangan kalian yang mungkin terasa amat gembira terlepas dari alam kita. Ada yang merasakan dunia dakwah suatu yang menghimpitnya.. suatu yang mengurungnya. Barulah kami sedari rupanya selama ini, itu semua adalah sebuah lakunan. Ada antara kalian rupanya sudah tidak ingin lagi bertemu muka dengan kami. Rupanya dulu kami adalah penyibuk yang mengganggu hidupnya. Sekarang dia telah bebas. 

Kami mula kecewa… kami mula berfikir.. apakah dosa kami. Kami hanya menghulurkan tangan untuk memimpin kalian mengenal sedikit tanggungjawab kita semua.. tanggungjawab dakwah dan amal Islam. Kami gembira kerana sebelum kalian keluar.. kalian telah memahami itu semua.. tetapi sekarang kenapa ini semua tiba-tiba berlaku? Kalian datang ke sini… tetapi muka kamilah orang yang paling tidak ingin di lihat dan ditemui. Apakah kalian telah mencampakkan kasih sayang yang telah kami berikan selama ini. Apakah muka kami begitu buruk untuk dilihat? Apakah suara kami begitu menyakitkan untuk disapa?. 

Jika kalian datang dari jauh kerana sesuatu subjek dan untuk mengutip markah bagi sekeping sijil, apakah pelajaran-pelajaran yang sama-sama kita pelajari di halaqoh dan dauroh sudah tidak bernilai dan tidak berharga? Atau apakah kalian telah melayakkan diri untuk dipanggil anak derhaka? Kalian segera berlepas pulang. Kami hanya mendengar si anu telah datang. Tanpa sepatah salam kami terima, mungkin ia terlalu mahal untuk dikirim. Tiada helaian kertas ditinggalkan.. mungkin dakwat pena terlalu berharga untuk dicoretkan.. Kami hanya mendengar dengan hiba dan air mata mengalir lagi. Masa berlalu… dan kami mula berfikir sendirian. Mereka terlalu sibuk. Mereka ada urusan sendiri. Mereka sedang masuk ke alam kerja. Walau ada di kalangan mereka kami bantu untuk meneruskan kehidupan mereka… mencarikan mereka kerja dan tempat pengalaman. Namun setelah berjaya .. sepatah perkataan pun tidak didengari. Mungkin terlalu sibuk dengan pekerjaan. 

Alhamdulillah. Kami sekali lagi menjadi hampas yang dicampakkan ke tong sampah! Kami tidak inginkan pembalasan. Kami tidak pahala dari kalian. Cukuplah Allah sebaik-baik pembalas. Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan kekal. Kami akan tetap begini hingga ke akhir hayat.. selagi Allah masih memberikan kekuatan. Kerja kami ialah mengumpul tenaga-tenaga orang seperti kalian, memberi sedikit sebanyak ilmu dan kefahaman, mendidik apa yang terdaya agar ada tenaga baru untuk Islam. Kami tidak inginkan harta kalian, tidak perlu kepada pujian dan sanjungan kalian. Tidak berhajat ingatan dari kalian, tetapi kami hanya mahu mendengar kalian telah menyambung dan menjadikan kerja Islam sebagai sebesar-besar tugas. Kami hanya mahukan dari kalian menghidupkan jiwa-jiwa manusia yang telah mati. Itulah tanda kesetiaan kalian terhadap kami. Sebenarnya itu adalah janji kalian kepada Allah bila kalian berjanji untuk bersama kami. Allahlah yang akan menuntut janjiNya dari kalian.




Ketika kami mendengar ada di antara kalian mula terlupa atau melupai tugas ini, maka kamilah orang yang mula-mula menangis. Kalian tentu faham bahawa tanda awal ialah bila kalian tidak lagi bersambung dengan jamaah. Bila ada antara kalian yang merasakan kalian mampu hidup sendiri, kalian sebenarnya kalian telah silap. Hidup sehari tanpa jamaah dan tanpa kerja Islam bermakna kalian telah meranapkan harapan kerja besar kita. Dan tanda awal putusnya kalian dengan jamaah ialah bila kalian sudah tidak mempunyai murobbi dan halaqoh. Tanda awalnya apabila kalian telah mula membelakangkan murobbi/murobbiyah dalam membuat keputusan dalam hidup kalian. 

Apakah kalian merelakan diri kalian untuk menjadi peranap kepada cita-cita Islam kita.? Apakah kalian tidak takut kepada balasan Allah bagi mereka yang meninggalkan tugas ini? Biarlah kami berhempas pulas di sini.. berhujan berpanas dan berembun. Mengorbankan masa rehat dan wang ringgit kami demi melahirkan orang seperti kalian. Biarlah kami terus begini… walaupun kami tahu mereka semua juga mungkin akan menjadi seperti kalian. Biarlah kami terus berusaha .. melahirkan anak-anak yang akan menderhakai dakwah dan tanggungjawab Islam! 

Ingatlah.. kerja ini bukan hanya dengan angan-angan dan azam semata. Cukuplah kalian layak dipanggil anak derhaka bila dakwah dan amal Islam hanya menjadi angan dan azam. Betapa ramainya orang yang mampu berangan dan berazam seperti kalian ! Tapi dimana usaha dan curahan tenaga? Siapa yang akan ke medan, menarik tangan-tangan manusia yang sedang hanyut jika semua hanya berangan dan berazam untuk menarik? Alangkah mudah berangan dan berazam! Bebanan perasaan yang kami pikul sebenarnya lebih berat dari bebanan tugas ke sana ke mari mengendali program dan mendidik kalian. Apa sangat berat berjaga malam, membelanjakan ringgit dan berceramah dan mendengar masalah kalian jika hati kami gembira melihat hasilnya. Apa sangat itu semua jika hati bahagia melihat kalian menjadi orang yang akan mewarisi kerja yang telah kami buat. Kesemua berat dan beban hilang dan tak mungkin terasa setelah melihat kalian telah menerangkan bumi yang gelap seluruh pelusuk bumi.

TETAPI… sekarang kami telah kehilangan segala-galanya. Ketenangan yang kami ingin cari melalui pengorbanan ini telah juga hancur. Bahkan ianya lebih berat dari bebanan fizikal dan material. Kami telah melalui beberapa generasi kalian. Pengalaman akhirnya menyimpulkan kepada kami bahawa kami hanyalah manusia tak berguna dan pengganggu dalam hidup kalian. Ketenangan hati yang kami ingin hirup dari usaha mentarbiyyah kalian hanya menambah luka yang telah ada… 

Apakah kalian sedar? Kami iringi kalian dengan doa dan airmata. Pergilah kalian dengan sijil yang telah diperolehi dari sini untuk menjenguk dunia yang tiada bertepi. Harungilah hidup demi mencari ketenangan dan kebahagiaan melalui jalan yang kalian pilih sendiri. Kami tetap memilih ketenangan dan kebahagian melalui jalan kami sendiri. Walaupun kalian telah melukai hati kami… kami hanya akan menyalahkan diri kami sendiri. Mungkin kamilah yang menyebabkan kalian jadi begitu. Mungkin kami belum memberikan yang terbaik untuk kalian. Mungkin kami belum mengorbankan apa yang sepatutnya kami korbankan. Mungkin.. kami lah yang bersalah.! Kini segalanya hanya tinggal kenangan. Kami tidak mengharapkan kepada kalian lagi. Jika kalian mahu terus hidup sebagaimana manusia lain… teruskanlah. Bahkan jika kalian mahu menjadi manusia yang jauh berlainan dari kami… teruskan. Moga Allah mengampunkan kami dan kalian. 

TAPI ingat ! Dakwah tidak memerlukan kalian untuk hidup. Dakwah adalah satu yang kuat dan kukuh kerana ia berhubung dengan Allah Yang Maha Perkasa. Kitalah yang memerlukan dakwah. Dakwah boleh bersama orang lain jika kita enggan. Tatapi apa ertinya hidup kita tanpa dakwah? Dakwah adalah nyawa dan roh kita. Jika kita berpisah darinya…. Kita sebenarnya telah mati ! Kita akan terkulai layu ibarat bunga yang telah dipetik dari pokoknya ! Tinggalkanlah kami menangisi anak-anak yang telah pergi. Anak-anak yang telah mencampakkan kasih sayang yang cuba kami hulurkan. Mungkin cinta kami tidak seindah dunia yang menunggu diluar sana. Biarlah cinta itu dikutip oleh manusia lain yang tahu menilainya. 

Apakah kalian tidak mengerti ini semua… apakah cinta kami tidak bermakna untuk kalian. Adakah ianya terlalu murah. Kami berkorban untuk kalian lebih dari anak dan saudara kami sendiri, kerana bagi kami tali akidah dan fikrah lebih kukuh dan erat dari tali kekeluargaan. Kalian lebih kami sayangi dari saudara sedarah daging dengan kami. Kami berikan apa yang terbaik apa yang kami ada. Kerana kami tahu.. kalian adalah penerus generasi da’I yang hampir pupus. 

Apakah kalian tidak merasainya? Memang kami tidak memberikan makanan yang mahal-mahal untuk kalian. Kami tidak membelikan pakaian indah untuk kalian. Tetapi apa erti makanan dan pakaian jika kalian hanyut di alam sesat jahiliyyah..? Hayatilah kata-kata Imam al-Syafie: "manusia sebenarnya ialah yang merasai kecintaan yang diberikan kepadanya walaupun sebentar". Berapa lamakah kecintaan yang telah kami berikan kepada kalian… apakah kalian tidak merasainya? 

Kalian melihat kami tersenyum… ye.. senyuman yang kami buat-buat untuk mengubat rindu kepada kedamaian semalam yang telah tiada lagi. Senyuman untuk menandakan kami masih mampu berlakun dengan hati yang telah disiat-siat. Berilah senyuman kepada kami, hulurkan tangan kalian untuk kami salami…. Tetapi hati ini tidak mungkin terubat tanpa penghayatan dan penunaian janji yang telah sama-sama kita buat semasa kita di sini! Cukuplah… kami hanya akan bersama dengan yang memahami dan merasai cinta kami. 

Bagi mereka yang mempunyai kekasih lain… pergilah.. semoga kekasihnya akan memberi kebahagian dan ketenangan untuknya. Bagi kami… di jalan dakwahlah kasih awal dan akhir kami. Jika kami sendiri futur akibat apa yang telah kalian lakukan, maka bersedia kalian untuk menerima sahamnya. Kalian telah mengecewakan kami sedikit sebanyak. Kalian telah menyebabkan kami tidak percaya lagi kepada manusia… hingga sampai satu ketika.. kami merasakan sudah tidak wujud lagi harapan di dunia ini. Apa tidaknya.. keseluruhan anak-anak kami tidak dapat meneruskan usaha kami? Jika itu yang berlaku kepada yang awal… maka bukankah sama pada yang akhirnya? 

Tolong … jangan jadikan kami futur.. berilah harapan. Moga adik-adik kita di sini dan di luar sana dapat menghirup sedikit dari limpahan cahaya Ilahi yang kita sama-sama tidak ingin padam. 

Wassalam..

Surau Allamanda
20 Rabiul Akhir 1431H




Monday 5 April 2010

10 Wasiat Imam Hassan al-Banna

Assalamualaikum to all readers of this blog...

How are you today? Hope all are still in IMAN and TAQWA to Allah SWT... The biggest gift which Allah SWT  give to human which will make them as a Muslim.

In this post I will use fully in Malay language.


Hassan al-Banna merupakan pemikir Islam terulung pada abad ini... Beliau juga merupakan seorang pendakwah yang telah meninggalkan manhaj dakwah yang telah banyak mempengaruhi kemunculan jemaah-jemaah dakwah yang lain. Manhaj dakwah beliau ini amat dekat dengan manhaj yang telah di bawa oleh Rasulullah SAW sepanjang dakwah baginda di Mekah dan Madinah.

Di kesempatan ini, saya bukan untuk bercakap mengenai latar belakang atau kisah hidup Hassan al-Banna, mungkin di masa akan datang, tapi untuk memperkatakan tentang 10 wasiat yang telah ditinggalkan oleh beliau kepada umat pada zaman sekarang.. 10 wasiat yang harus menjadi titik pencapaian dan halatuju setiap umat Islam agar hidup lebih berkah dan insyallah di redhai oleh Allah SWT.

  1. Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apa pun jua keadaan pada waktu tersebut. Satu perkara yang sangat PENTING bagi setiap Muslim dan menjadi kewajipan untuk kita orang Islam untuk menunaikan solat. Lebih-lebih lagi di awal waktunya. Solat merupakan tanda bersyukurnya kita kepada Allah SWT atas segala kurniaan-Nya dan ia merupakan SATU perintah daripada Allah SWT Pencipta kita yang Agung. Apabila kita tahu telah masuknya waktu solatatau azan telah dikumandangkan maka berusahalah secepat mungkin untuk kita menunaikannya. Jauhilah sifat suka menangguh-nangguh sesuatu pekerjaan kerana kelak akan memakan diri.
  2. Bacalah al-Quran atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain atau zikirlah kepada Allah. Gunakanlah sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang berfaedah. Perkara-perkara tersebut merupakan sesuatu yang sangat bermanfaat bagi kita sebagai seorang ISLAM. Penuhilah waktu-waktu kita dengan perkara-perkara yang berfaedah; kurang bermain games, bergossip, mendengar lagu-lagu yang tidak mengingatkan kepada Allah, menonton TV atau filem-filem dan sebagainya. Perbanyakanlah membaca al-Quran, memahami ayat-ayatnya, mendengar bacaan al-Quran dan berzikir kepada Allah SWT. 
  3. Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syiar Islam. Ini kebanyakkan daripada kita masih kurang lagi.Perlu sama-sama kita untuk mempelajari bahasa Arab ini agar mudah untuk kita membaca dan memahami ayat-ayat suci Allah SWT.. Ada yang mengatakan SUSAH untuk belajar bahasa Arab nih... Tapi, saudara dan saudari berUSAHAlah untuk mempelajarinya, tak sedikit banyak dan banyak sedikit..Huhu.. Kalau dekat universiti ada pengajian Bahasa Arab cubalah ambik untuk pelajaran kita bersama.
  4. Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
  5. Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
  6. Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak kenal yang lain selain kesungguhan.
  7. Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
  8. Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.
  9. Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.
  10. Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu, bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai suatu urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.
Itulah 10 wasiat yang perlu kita ketahui lebih-lebih bagi para da'i yang menjalankan kerja dakwah kepada agama Allah SWT.. Insyallah nanti ana akan tambah sikit lagi... Sekadar ini untuk kali ini...
Wassalam...

Surau Allamanda
16 Rabiul Akhir 1431H

Sunday 28 February 2010

Journey to Miri

Salam ukhuwahfillah and have a nice day.....

On the 1- 3 January 2010, my brotherhoods and I were travelled to Miri city in Sarawak. This was third time I'm going to Miri. Actually, we were here for taking our brothers companions as he will going back to Kuching. Last time, when I was here, there is a lot of experiences, bad and luck during my industrial traning at Miri Hospital. Hope it had gave something for me to pursue for my better life. A lot of changes also in Miri compared to my last visit to this city. One of my brotherhoods had said that, Miri is a place of "LIFE" and different from other place in Malaysia and he feel "LIFE" to be at Miri. 

Here, I would to share the pictures with all of you.....


 
Miri City from up of hill

 
Monument at the Petroleum Muzeum

 
Drill tower (monument)

 
The workers on drilling

 
One of the old machine use for drilling

 
This is the Petroleum Muzeum at Miri

 
One section in the muzeum showing layer of Earth

 
Akhi Aizam on earth quake simulation

 Oil rig model
 
One of the type of drill

 
Welcoming wall

 
The first place of finding oils at Miri
  
Miri Public Park


On the suspension bridge at the park
 
Luak Esplanade at Miri

 
Luak Esplanade beach

 
A mosque at Bintulu

 
Outer of the mosque

 
At Tanjung Batu beach, Bintulu

 
Rajang River, the longest and bigest river in Sarawak

 
Place of interest by ikhwah

 
Aizam at my home town
These are some of the pictures taken for our sharing. 
Wassalam..

14 Rabiulawal 1431H
Desa Ilmu Park