Monday, 5 April 2010

10 Wasiat Imam Hassan al-Banna

Assalamualaikum to all readers of this blog...

How are you today? Hope all are still in IMAN and TAQWA to Allah SWT... The biggest gift which Allah SWT  give to human which will make them as a Muslim.

In this post I will use fully in Malay language.


Hassan al-Banna merupakan pemikir Islam terulung pada abad ini... Beliau juga merupakan seorang pendakwah yang telah meninggalkan manhaj dakwah yang telah banyak mempengaruhi kemunculan jemaah-jemaah dakwah yang lain. Manhaj dakwah beliau ini amat dekat dengan manhaj yang telah di bawa oleh Rasulullah SAW sepanjang dakwah baginda di Mekah dan Madinah.

Di kesempatan ini, saya bukan untuk bercakap mengenai latar belakang atau kisah hidup Hassan al-Banna, mungkin di masa akan datang, tapi untuk memperkatakan tentang 10 wasiat yang telah ditinggalkan oleh beliau kepada umat pada zaman sekarang.. 10 wasiat yang harus menjadi titik pencapaian dan halatuju setiap umat Islam agar hidup lebih berkah dan insyallah di redhai oleh Allah SWT.

  1. Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apa pun jua keadaan pada waktu tersebut. Satu perkara yang sangat PENTING bagi setiap Muslim dan menjadi kewajipan untuk kita orang Islam untuk menunaikan solat. Lebih-lebih lagi di awal waktunya. Solat merupakan tanda bersyukurnya kita kepada Allah SWT atas segala kurniaan-Nya dan ia merupakan SATU perintah daripada Allah SWT Pencipta kita yang Agung. Apabila kita tahu telah masuknya waktu solatatau azan telah dikumandangkan maka berusahalah secepat mungkin untuk kita menunaikannya. Jauhilah sifat suka menangguh-nangguh sesuatu pekerjaan kerana kelak akan memakan diri.
  2. Bacalah al-Quran atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain atau zikirlah kepada Allah. Gunakanlah sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang berfaedah. Perkara-perkara tersebut merupakan sesuatu yang sangat bermanfaat bagi kita sebagai seorang ISLAM. Penuhilah waktu-waktu kita dengan perkara-perkara yang berfaedah; kurang bermain games, bergossip, mendengar lagu-lagu yang tidak mengingatkan kepada Allah, menonton TV atau filem-filem dan sebagainya. Perbanyakanlah membaca al-Quran, memahami ayat-ayatnya, mendengar bacaan al-Quran dan berzikir kepada Allah SWT. 
  3. Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syiar Islam. Ini kebanyakkan daripada kita masih kurang lagi.Perlu sama-sama kita untuk mempelajari bahasa Arab ini agar mudah untuk kita membaca dan memahami ayat-ayat suci Allah SWT.. Ada yang mengatakan SUSAH untuk belajar bahasa Arab nih... Tapi, saudara dan saudari berUSAHAlah untuk mempelajarinya, tak sedikit banyak dan banyak sedikit..Huhu.. Kalau dekat universiti ada pengajian Bahasa Arab cubalah ambik untuk pelajaran kita bersama.
  4. Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
  5. Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
  6. Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak kenal yang lain selain kesungguhan.
  7. Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
  8. Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.
  9. Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.
  10. Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu, bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai suatu urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.
Itulah 10 wasiat yang perlu kita ketahui lebih-lebih bagi para da'i yang menjalankan kerja dakwah kepada agama Allah SWT.. Insyallah nanti ana akan tambah sikit lagi... Sekadar ini untuk kali ini...
Wassalam...

Surau Allamanda
16 Rabiul Akhir 1431H

No comments:

Post a Comment

Salam ukhuwahfillah. You may post your comments here... Jazakallah khair for the comments, questions, suggestions or etc..