Saturday 21 May 2011

Keperluan Dakwah

Assalamualaikum wrhbt...

Sidang pembaca AKAL yang budiman,

Hari ini ana ingin berkongsi tentang beberapa keperluan dakwah (yang duniawi) yang berguna untuk digunakan dalam berdakwah bertepatan dengan waqi' sekarang.. Tanpanya mungkin kita akan menyulitkan dan menyusahkan kita, tetapi itu bukanlah alasan untuk tidak melakukan kerja-kerja dakwah.. Itu hanyalah satu kemudahan yang perlu kita gunakan sebaiknya di dalam kita melaksanakan gerak kerja dakwah..

Ana ingin berkongsikan dua item yang harus ada pada setiap pendakwah atau da'i, dan banyak lagi item-item yang lain. Itulah motosikal dan laptop. Dua item ini sangat membantu para da'i di dalam melaksanakan tugas-tugas mereka pada masa sekarang. 

Motosikal

Bercerita tentang motosikal, ana teringat pengalaman pahit dan manis ana sehingga ana boleh menunggang motosikal ke sini dan ke sana.. Amat memerlukan kesabaran dan kekuatan untuk mempelajari cara-cara menunggangnya.. Sepanjang ana menunggang motosikal, sudah 5 kali kemalangan kecil yang dialami... Huhu.. Alhamdulillah sekarang ana mampu untuk menunggangnya hasil usaha ana dan dorongan daripada seorang ikhwah yang sentiasa meyakinkan ana untuk menunggang motosikal.. Pergi untuk berdaakwah di sekolah-sekolah sekitar Kuching, jalan-jalan ke Kuching dan sebagainya... 




Pada tahun yang lalu, ana telah memiliki sebuah motosikal sendiri yang ana beli daripada seorang ikhwah yang ingin melangsungkan perkahwinannya pada ketika itu.. Motosikal Modenas Kriss 110.... red in colours.. Hampir setahun setengah ana telah bersamanya walaupun lesennya masih L... Huhu.. Nama masih tercari-cari...

Laptop-Notebook

Satu lagi item yang ana nak cerita adalah tentang laptop... Bagaimana laptop boleh memudahkan para pendakwah??? Persoalan yang kita sendiri harus menjawabnya... Dalam keadaan sekarang, penggunaan barangan elektronik seperti laptop dan sebagainya adalah perlu bagi mempertingkatkan lagi mutu dan kualiti gerak kerja dakwah... Laptop boleh digunakan untuk tazkirah, membuat laporan dakwah,  dan sebagainya. Selain daripada perkara-perkara yang lain... yang bermanfaat untuk diri kita dan tidak membuang masa. Gunalah kemudahan yang ada sebaiknya..
My new 2nd hand laptop
Alhamdulillah, keberadaan dua item ini sedikit sebanyak telah membantu dan memudahkan ana untuk melaksanakan gerak kerja dakwah.. Kedua-duanya perlulah digunakan sebaiknya bukan sebaliknya..

Wassalam..

Amir al-Ramadhaniechie
Surau SUCiE
17 Jamadilakhir 1433H

2 comments:

Salam ukhuwahfillah. You may post your comments here... Jazakallah khair for the comments, questions, suggestions or etc..